Tausiah kemerdekaan dan hijrah

Please download to get full document.

View again

of 58
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Similar Documents
Information Report
Category:

Education

Published:

Views: 0 | Pages: 58

Extension: PDF | Download: 0

Share
Description
1. Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Le 62 dan Tahun Baru Hijrah Oleh D.W.Ust Hj Abdul Ghani Samsudin 2. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 26: …
Transcript
  • 1. Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Le 62 dan Tahun Baru Hijrah Oleh D.W.Ust Hj Abdul Ghani Samsudin
  • 2. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 26:  ِ‫ت‬ْ‫ؤ‬ُ‫ت‬ ِ‫ك‬ْ‫ل‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ َ‫ك‬ِ‫ل‬‫ا‬َ‫م‬ َّ‫م‬ُ‫ه‬َّ‫الل‬ ِ‫ل‬ُ‫ق‬‫َاء‬‫ش‬َ‫ت‬ ‫ن‬َ‫م‬ َ‫ك‬ْ‫ل‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ‫ي‬ ُ‫ت‬َ‫و‬ ‫َاء‬‫ش‬َ‫ت‬ ‫ن‬َّ‫م‬ِ‫م‬ َ‫ك‬ْ‫ل‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ُ‫ع‬ ِ‫نز‬َ‫ت‬َ‫و‬ُّ‫ل‬ِ‫ذ‬ُ‫ت‬َ‫و‬ ‫َاء‬‫ش‬َ‫ت‬ ‫ن‬َ‫م‬ ُّ‫ز‬ِ‫ع‬ َ‫ك‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ُ‫ر‬ْ‫ي‬َ‫خ‬ْ‫ال‬ َ‫ك‬ِ‫د‬َ‫ي‬ِ‫ب‬ ‫َاء‬‫ش‬َ‫ت‬ ‫ن‬َ‫م‬ِ‫د‬َ‫ق‬ ٍ‫ء‬ْ‫َي‬‫ش‬ ِ‫ل‬ُ‫ك‬ َ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬‫ير‬
  • 3. Maksudnya  Katakanlah, wahai Muhammad, “Ya Allah yang memiliki kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan mencabutnya daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan siapa yang Engkau mahu dan mengaib serta merendahkan siapa yang Engkau mahu. Hanya di tanganMu terletak segala kebaikan. Sungguh, Engkau Maha Berkuasa untuk berbuat apa sahaja.”
  • 4. Allah berfirman dalam surah Al Anfal 74  ِ‫ف‬ ْ‫ا‬‫ُو‬‫د‬َ‫ه‬‫ا‬َ‫ج‬ َ‫و‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ر‬َ‫ج‬‫ا‬َ‫ه‬ َ‫و‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ن‬َ‫م‬‫آ‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ َ‫و‬َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ َ‫و‬ ِ َّ‫اَّلل‬ ِ‫ل‬‫ي‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ‫ي‬ْ‫ا‬‫و‬ َ‫آو‬ َ‫ح‬ َ‫ون‬ُ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ُ‫م‬ُ‫ه‬ َ‫ك‬ِ‫ئ‬َ‫ل‬ ْ‫و‬ُ‫أ‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ر‬َ‫ص‬َ‫ن‬ َّ‫و‬ٌ‫ق‬ ْ‫ز‬ ِ‫ر‬ َ‫و‬ ٌ‫ة‬َ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َّ‫م‬ ‫م‬ُ‫ه‬َّ‫ل‬ ‫ا‬ًّ‫ق‬ٌ‫م‬‫ي‬ ِ‫ر‬َ‫ك‬
  • 5. Mereka yang beriman, berhijrah , berjihad di jalan Allah serta mereka yang memberi perlindungan dan pertolongan mereka itulah orang mu’min yang sebenar . Untuk mereka keampunan Allah dan kurniaan rezki yang lumayan
  • 6. Kita beryukur kepada Allah kerana kali ini Allah menghimpunkan dua peristiwa besar berkenaan dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara kita dengan suatu peristiwa sejarah Islam yang sangat signifikan iaitu ketibaan tahun baru hijrah 1441. Seiring dan berturut-turut. Suatu yang amat jarang berlaku pada lazimnya
  • 7. 31 August 2019 kita menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 62 manakala pada 1 September 2019 kita menyambut tahun baru hijrah 1441. Fenomena ini tidak mudah berlaku justeru perbedaan perkiraan tahun hijrah dan tahun masihi memang ketara. Iaitu perbedaan calendar berasaskan pergerakkan bulan dan calendar berasaskan pergerakan matahari
  • 8. Perbezaan Kalendar Hijrah Dengan Kalendar Masehi 1)Kalendar Hijrah  1 tahun hijrah bersamaan 354 hari atau 355 hari. Kalendar hijrah ini berdasarkan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Terdiri daripada 12 bulan yang bermula dengan Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.
  • 9. Perbezaan Kalendar Hijrah Dengan Kalendar Masehi  2)Kalendar Masehi  Berasaskan pergerakan bumi mengelilingi matahari.  1 tahun kalendar ini bersamaan 12 bulan yang bermula daripada bulan Januari hingga bulan Disember.  Jumlah bilangan hari dalam 1 tahun adalah 365 hari atau 366 hari.  Setiap bulan terdapat 30 atau 31 hari yang berselang-seli tetapi hanya bulan Februari nilai harinya yang berbeza iaitu 28 atau 29 hari sahaja dalam sebulan
  • 10. Sistem takwim yang baik sepadan dengan fenomena astronomi yang dijadikan rujukan . Terdapat dua takwim utama dunia, iaitu takwim Matahari (Solar) dan takwim Bulan (Lunar), terdapat juga takwim yang menggunakan gabungan kedua-dua pergerakan ini iaitu takwim Bulan-Matahari (Luni-Solar) seperti takwim Cina dan Hindu .
  • 11. Di samping itu, wujud perkaitan antara takwim Matahari dengan takwim Bulan dijelaskan dalam al-Quran sepertimana firman Allah SWT :  ُ‫اد‬َ‫د‬ْ‫ز‬‫ا‬َ‫و‬ َ‫ين‬ِ‫ن‬ِ‫س‬ ٍ‫ة‬َ‫ائ‬ِ‫م‬ َ‫الث‬َ‫ث‬ ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫ف‬ْ‫ه‬َ‫ك‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ‫وا‬ُ‫ث‬ِ‫ب‬َ‫ل‬َ‫و‬‫ا‬‫ا‬ً ِِْْ ‫وا‬ “Dan mereka tidur dan tinggal dalam gua mereka: selama tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab), dan tambahan sembilan lagi (menurut kiraan kamu)”. Surah al-Kahfi (18): 25
  • 12. Menurut tafsir Ibn Kathir, ayat ini menerangkan tentang tempoh masa Ashab alKahfi tinggal di dalam gua iaitu bermula dari waktu mereka ditidurkan oleh Allah sehingga dibangkitkan semula dan diperlihatkan kepada masyarakat ketika itu. Tempoh tersebut adalah 309 tahun berdasarkan bulan dan 300 tahun berdasarkan matahari. Perbezaan di antara setiap 100 tahun Qamariyah ke tahun Syamsiah ialah tiga tahun, maka selepas 300 tahun Syamsiah menjadi 309 tahun Qamariyah .
  • 13.  Keseiringan peristiwa menghargai hari kemerdekaan dan Tahun Hijrah baru seoalah olah mengingatkan kita tentang dua perkara penting yang perlu kita renung dan tanggapi ialah pertama tentang al Hurriyah atau kemerdekaan serta bagaimana kita memahami dan mengisi kemerdekaan. tersebut. Manakala yang keduanya ialah mengenai makna al Hijrah atau peralihan , perubahan dan perpindahan, apakah maksudnya dan bagaimana kita memenuhi tuntutan perubahan berkenaan
  • 14. Dua perkara ini perlu ditekuni , diberi makna dan direalisasi konsep, nilai dan saranannya . dengan penuh jitu dan berhemat; demi merealisasi ciri dan kualiti Malaysia Baru .
  • 15. Apakah maksud merdeka Umumnya kemerdekaan difahami sebagai suatu kaadaan di mana seseorang atau sesuatu masyarakat itu bebas membuat pilihan dan menentukan apakah corak kehidupan peribadi dan kumpulan yang ingin mereka amalkan tanpa menghadapi apa apa tekanan , paksaan samaada dari dalam; mahupun dari luar negara. Iaitu kebebasan yang tentunya tidak memudharatkan orang lain .
  • 16. Dalam zaman modern ini kebebasan atau kemerdekaan sering dikaitkan dengan naratif :”Pemerintahan dari dan untuk rakyat.”berlandaskan nilai nilai syura atau demokrasi .Ia berkaitan dengan pembentukan negara berlandaskan institusi institusi utama; serta berlandaskan pemisahan kuasa eksekutif, legislatif dan judiciary , tidak ketinggalan penghayatan konsep Good Govenence dan lain-lain
  • 17. Kebebasan Dan Islam  Dalam konteks Islam ia dinyatakan sebagai membebaskan manusia dari penyembahan sesama manusia kepada penyembahan yang hanya kepada Allah S.W.T. Jauh dari kezaliman dan kesempitan aegala pegangan hidup yang terhad. Kehidupan berlandaskan kepada ruang harapan yang lebih luas di samping nilai-nilai anjal agama Islam itu sendiri. Peralihan dari kesempitan nilai hidup duniawi semata-mata kepada keanjalan nilai-nilai hidup yang merangkum dimensi dunia dan akhirat.
  • 18. Islam memang muncul untuk membebaskan hati , akal dan diri manusia dari belenggu kesyirikan , kebodohan dan khurafat atau tahyul. Islam mahu membentuk manusia selaras dengan nilai-nilai murni yang sejahtera di samping lunan-lunas syara’ yang sacral atau suci demi meraih kebahgiaan di dunia dan di akhirat.
  • 19. Kebebasan dalam Islam berlandaskan maqasid yang terasnya lima iaitu melindungi agama, nyawa, akal,harta, dan nama baik .Akan tetapi pecahan maqasid teras tersebut merangkum setiap aspek dalam kehidupan .Sebab itu huraian maqasid di peringkat terkini lebih terpeinci dan pelbagai selaras dengan tuntutan peradaban yang terus berkembang.
  • 20. Kebebasan dan kemerdekaan itu juga terlaksana dalam pengawasan Qawai’id Fiqhiyah al Kubra di samping dasar-dasar Kulli yang lain ,Ia juga harus berlandaskan kepada Qawa’id Siasah Syar’iyah yang rasional seperti yang dihuraikan oleh para alim ulama .
  • 21. Jenis-Jenis Kebebasan Rifa’ah al-Tohtowi pernah mengklasifikasikan jenis-jenis kebebasan. Beliau meletakkan 5 pecahan bagi kebebasan: 1. Kebebasan semulajadi: kebebasan yang wujud seiring dengan kejadian manusia, termaktub pada dirinya, dan tidak membawa mudharat sama ada kepada dirinya mahupun saudaranya.
  • 22. 2. Kebebasan tingkah laku: kemurniaan peribadi dan kemuliaan akhlak. Ia merupakan ciri wajib untuk setiap individu dalam masyarakat dengan menggunakan akal fikirannya, untuk dirinya dan berinteraksi dengan orang lain. 3. Kebebasan beragama: kebebasan berakidah, berpendapat, dan bermazhab dengan syarat tidak terkeluar daripada asas- asas agama.
  • 23. 4. Kebebasan sivil: iaitu hak-hak individu antara satu sama lain yang wujud dalam sesebuah negara atau bandar. Ikatan masyarakat yang terbina antara mereka bergantung kepada tertunainya hak-hak ini antara satu sama lain. Setiap individu memberi jaminan untuk sentiasa membantu orang lain dalam setiap perkara yang tidak bertentangan dengan undang-undang negara.
  • 24. Setiap individu juga tidak boleh menghalang orang lain daripada mendapatkan hak-hak mereka, dan masyarakat hendaklah menentang sesiapa sahaja yang menghalang orang lain daripada mendapatkan kebebasannya, dengan syarat ianya tidak melebihi batas-batas hukum dan undang-undang.
  • 25. 5. Kebebasan politik: iaitu jaminan negara untuk setiap penduduknya untuk mengurus selia harta benda mereka. Juga jaminan ke atas kebebasan individu mereka tanpa melangkaui hak mereka.
  • 26. Al-Tohtowi juga mengaitkan makna kebebasan negara dengan kebebasan negara-negara lain. Beliau berkata: “Sesungguhnya, di antara kesempurnaan kebebasan sesebuah bangsa ialah mereka bergembira dengan kebebasan bangsa lain. Dan mereka terkesan dengan penindasan yang berlaku terhadap bangsa lain yang tidak memperoleh kebebasan
  • 27. Dr Abd Aziz Khayyat pula membahagikan kebebasan kepada 7 bidang :  1.Kebebasan Peribadi  2. Kebebasan Berkeyakinan atau I’tiqad  3.Kebebasan Pendidikan  4. Kebebasan Tempat Tinggal  5. Kebebasan Berpendapat  6.Kebebasan Memiliki  7. Kebebasan berpolitik
  • 28. Mengenai kebebasan berpolitik ini beliau menegaskan bahawa ia merangkum 6 kebebsan lain iaitu:  Kebebasan mengungkapkan pandangan politik  Kebebasan mengundi  Kebebasan mengkritik dan mempersoalkan tindakan pemerintah  Kebebasan untuk berhak menarik kepercayaan terhadap parti pemerintah  Kebebasan berkumpul dan melakukan kegiatan politik  Hak dan kebebasan untuk membentuk kumpulan atau parti dan menyokong atau menentang parti pemerintah
  • 29. Maksud Hijrah Hijrah membayangkan tentang perubahan, peralihan yang meningkatkan kualiti hidup. Individu dihijrahkan dari kebodohan kepada lebijaksanaan. Sikap terkongkong kepada sikap mendiri dan bebas berpandukan kebenaran dan kebijaksanaan . Hijrah adalah peralihan ke arah yang lebih positif, lebih sihat dan kehidupan yang lebih lestari dan bertamaddun
  • 30. Negara atau negeri pula dipindahkan daripada negara yang diperintah oleh golongan kleptokrat , chauvinistic kepada negara atau negeri yang diperintah oleh golongan yang lebih bersih, amanah, jujur , adil dan bijak. Golongan yang lebih progresif, peduli umat atau rakyat , mempunyai pandangan lebih jauh dan bertanggongjawab.
  • 31. Sebab itulah dalam mengisi kemerdekaan dan menekuni konsep hijrah kita bertekad membentuk negara yang bersifat rahmah, berwibawa, pintar, hijau dan bersih seperti yang dilakarkan oleh pimpinan negeri Melaka. Y.B Adly Azhari yang telahpun diakui kecemerlangannya oleh Paduka Yang DiPertuan Agong Malaysia sendiri
  • 32. Hijrah Rasulullah Ke Madinah Merealisasi 5 Perkara Penting:  1, Pengembangan akidah dan pemantapan akhlak Islam yang terpuji  2..Membina dan mengukuhkan persaudaraan  3. Mendirikan masjid untuk membentuk generasi bertakwa  4.Membangun dan mengukuhkan ekonomi umat Islam  5, Nenegak dan mengukuhkan asas dan dasar pemerintahan Islam di samping merumuskan perlembagaan atau piagam Madinah
  • 33. Hijrah Ke Arah Membentuk Malaysia Baru Dalam kontek nasional kita mahu membentuk negara yang menjadi contoh dan teladan bagi negara lain. Kita mahu membentuk negara yang diurus berdasarkan maqasid dan qawaid kulliah yang jitu, berasaskan nilai rahmah dan menurut penyelesaian yang menepati ciri-ciri reality Malaysia.
  • 34. Terdapat 12 ciri negara rahmah seperti yang telah dijelaskan oleh pimpinan politik Pakatan Harapan dalam negara kita. 1.Kepimpinan negara yang kompeten dan berintegriti 2.Sistem pemerintahan yang berasaskan kepada semak dan imbang yang berkesan. 3.Tadbir urus yang baik atau Good Governence 4.Undang undang yang adil 5.Masyarakat berilmu, berakhlak dan penyayang 6.Institusi keluarga yg utuh
  • 35. Ciri Asas Negara Rahmah 7.Hubungan Etnik dan penganut agama yang harmonis. 8.Ekonomi yang mampan 9.Agihan kekayaan yang saksama. 10.Pembangunan yang lestari 11.Kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat yg terpelihara 12.Negara menerajui usaha keamanan dan kemanusiaan sejagat
  • 36. Selain dari itu Perlaksanaan Qawa’id al Fiqhiyyah al Kubra dasar atau prinsip kuliyat seperti yang dihuraikan oleh toloh Maal Hijrah Antarabangsa tahun ini perlu kita cerakin dan laksanakan dengan hikmah dan bijak sana .
  • 37. Al Qawa’id al Fiqhiyah al Kubra merangkum lima Qawa’id berikut: 1 Kaedah “ Al Amru Bi Maqasidiha Segela sesuatu merujuk kepada tujuan pencetusan atau perlaksanaannya. Ini berlandaskan hadith: ( :‫كانت‬ ‫فمن‬ ‫نوى‬ ‫ما‬ ‫امرئ‬ ‫لكل‬ ‫وإنما‬ ‫بالنيات‬ ‫األعمال‬ ‫إنما‬ ‫كانت‬ ‫ومن‬ ‫ورسوله‬ ‫هللا‬ ‫إلى‬ ‫فهجرِه‬ ‫ورسوله‬ ‫هللا‬ ‫إلى‬ ‫هجرِه‬ ‫إل‬ ‫هاجر‬ ‫ما‬ ‫إلى‬ ‫فهجرِه‬ ‫ينكحها‬ ‫امرأة‬ ‫أو‬ ‫يصيبها‬ ‫لدنيا‬ ‫هجرِه‬‫يه‬).
  • 38. Penilaian hukum perbuataan seseorang adalah berlandaskan niat yang tertanam dibenak hatinya yang mendorong perbuatan berkenaan. Seorang yang menghulurkan wang kepada seseorang lain - umpamanya - bergantung kepada niatnya; sama ada ia mahu menderma, maka wang berkenaan dikira hibah atau pemberian , atau niat memberi hutang maka ia menjadi wang pinjaman ataupun sebagai wang amanah yang perlu dipulangkan pada tuannya di satu masa kelak.
  • 39. 2.Kaedah Al Dhararu Yuzal” atau Mudharat Perlu Ditangkis.  Asas kaedah ini ialah hadith Rasulullah ( :‫والضرار‬ ‫الضرر‬.) Dharar dan mudharat ialah suatu kesakitan atau mudharat pada orang lain. Manakala Dhirar adalah melakukan suatu mudharat secara tindak balas yang melibihi aras yang sepatutnya dan tidak absah. Kegeraman menindak balas lumrahnya membawa kesan yang lebih besar dan merosakkan. 
  • 40. Seorang yang dirosakkan harta bendanya oleh orang lain tidak wajar melakukan kerosakkan pula pada harta orang berkenaan , kerana ia akan meluaskan lagi spectrum kerosakan. Yang lebih wajar ialah di memohon pampasan untuk barangannya yang telah dirosakkan
  • 41. 3. Kaedah Al ‘Aadah Muhakkimah atau Adat Boleh Menjadi Kriteria Pengadilan. Kaedah ini berlandaskan ayat :  ( :‫بالمًروف‬ َّ‫عليهن‬ ‫الذي‬ ُ‫مثل‬ ّ‫ن‬‫وله‬)‫ويقال‬ ،"‫بينكم‬ ‫سنتكم‬"‫أي‬‫عادِكم‬ ‫بينكم‬ ‫وطريقتكم‬. Adat dan Uruf yang berubah boleh menjadi sebab peralihan hukum. Menurut Fuqaha’ adat ialah suatu yang sudah terhunjam dalam hati dan kebiasaan yang diterima pakai secara logic dan diterima oleh hati nurani orang ramai yang waras dan sihat
  • 42. 4.Kesukaran Mengundang Kemudahan . ‫الشاطبي‬ ‫اإلمام‬ ‫يقول‬--"‫هذه‬ ‫عن‬ ‫الحرج‬ ‫رفع‬ ‫على‬ ‫األدلة‬ ‫إن‬ ‫القطع‬ ‫مبلغ‬ ‫بلغت‬ ‫قد‬ ‫األمة‬"‫ًِالى‬ ‫قال‬( :‫يخ‬ ‫أن‬ ‫هللا‬ ‫يريد‬‫فف‬ ‫عنكم‬)،(‫الًْر‬ ‫بكم‬ ‫يريد‬ ‫وال‬ ‫اليْر‬ ‫بكم‬ ‫هللا‬ ‫يريد‬.)‫وق‬‫رسول‬ ‫ال‬ ‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫هللا‬ ‫صلى‬ ‫هللا‬( :‫ال‬ ‫يشاد‬ ‫ولن‬ ‫يْر‬ ‫الدين‬ ‫إن‬‫أحد‬ ‫دين‬ ‫وال‬ ‫بالغدوة‬ ‫واستًينوا‬ ‫وابشروا‬ ‫وقاربوا‬ ‫فْددوا‬ ،‫غلبه‬ ‫إال‬‫روحة‬ ‫الدجلة‬ ‫من‬ ‫وشيء‬).
  • 43. Hukum hakam yang pensyariatannya menyebabkan timbul kesukaran dan kesusuhan kepada orang ramai terhadap diri atau harta mereka maka hukum hakam berkenaan boleh diringankan selaras dengan kudrat dan daya seorang yang mukallaf.
  • 44. Terdapat 3 kaedah sampingan yang terbit dari kaedah ini iaitu a)Al Dharurat Tubihul Mahzurat (b)Sesuatu yang dibenarkan kerana dharurat maka ia harus selaras menurut kadar yang diperlukan sahaja:atau : 2-‫بقدرها‬ ‫يتقدر‬ ‫للضرورة‬ ‫جاز‬ ‫ما‬. (c).Sesuatu itu jika sempit dan menyempitkan maka ia boleh diperluaskan: -‫اِْع‬ ‫األمر‬ ‫ضاق‬ ‫إذا‬.
  • 45. 5. Kaedah: Sesuatu yang Dibina Atas Keyakinan Maka Ia Tidak Boleh Dilupuskan Kerana Keraguan ‫بالشك‬ ‫يزول‬ ‫ال‬ ‫اليقين‬] ‫يرِفع‬ ‫ال‬ ‫ثبوِه‬ ‫المتيقن‬ ‫األمر‬ ‫أن‬ ‫هنا‬ ‫فالمقصود‬‫بدليل‬ ‫إال‬ ‫األمر‬ ‫كذلك‬ ،‫الشك‬ ‫لمجرد‬ ‫بزواله‬ ‫يحكم‬ ‫وال‬ ‫قاطع‬ ‫الش‬ ‫بمجرد‬ ‫بثبوِه‬ ‫يحكم‬ ‫ال‬ ‫ثبوِه‬ ‫عدم‬ ‫المتيقن‬‫ألن‬ ،‫ك‬ ‫وعدما‬ ‫ثبوِا‬ ‫يًارضه‬ ‫فال‬ ‫اليقين‬ ‫من‬ ‫أضًف‬ ‫الشك‬.
  • 46. Dalil kaedah ini ialah: Pada suatu ketika ada sahabat baginda yang menanyakan kepada Rasulullah mengenai keabsahan solatnya; kerana ia terasa macam ada sesuatu yang terlepas dari duburnya. Baginda lantas berkata ( :‫ريحا‬ ‫يجد‬ ‫أو‬ ‫صوِا‬ ‫يْمع‬ ‫حتى‬ ‫ينصرف‬ ‫ال‬). Ia tidak perlu beredar dan membatalkan solatnya sehinggalah ia benar-benar mendengar suara atau tercium bau busuk (kentutnya)
  • 47. Qawa’id dan dasar-Dasar Kulli Qawa’id dan dasar-dasar Kulli yang disebut oleh Tokoh Ma’al hijrah Antarabangsa Syaikh Bin Bayyah dalam ceramah beliau baru baru ini perlu dikembangkan dalam negara Malaysia Baru. Beliau menyebutkan bahawa antara dasar Kulli yang perlu diterapkan dalam negara yang baik merangkum dasar berikut:
  • 48. dasar rahmah, dasar al Selmiyah atau kedamaian, konsep Karamah al Insaniah ,dasar Ukhuwwah dan persaudaraan prinsip Syariat yang mengandungi Rukhsah dan ‘Azimah perlu diterapkan dengan jitu dan tepat, , dasar ‘Adalah atau keadilan, Menunaikan segala perjanjian peringkat nasional dan internasional, Konsep al Birr atau Dasar Berbuat Kebajikan , Merealisasi maslahah dan mengetahui mertabat dan keutamaan maslahah berbanding yang kurang bermaslahat.dan lain-lain.
  • 49. Satu contoh yang sangat menarik dalam hurian beliau ialah tentang kesalahan dalam mengaplikasi dalil nas yang merangkum aspek ‘Azimah dan rukhsah. Apabila ada golongan sahabat yang memastikan kepada orang yang luka parah yang berhadath besar kerana mimpi supaya mandi ( berdasarkan azimah) sedangkan sepatutnya dia boleh sahaja bertayammum (berasaskan rukhsah
  • 50. Orang berkenaan lalu mandi kerana dorongan sahabat-sahabatnya .Akhirnya beliau mati . Peristiwa ini kemudian disampaikan kepada Rasulullah . Baginda murka dan mengatakan bahawa orang yang menyuruh sipulan itu mandi sebenarnya telah membunuh orang berkenaan. Kenapa tidak mereka bertanya kepada orang yang tahu untuk memutuskan sesuatu perkara berlandaskan syara’
  • 51. Ertinya pengaplikasian dalil syara; mesti tepat dengan konteknya; sama ada menurut dasar ‘Azimah atau Rukhsah. Dalam perkara yang dibolehkan rukhsah tidaklah wajar ditekankan tuntutan ‘Azimah.Sehingga membawa malapetaka kepada orang yang berkenaan.
  • 52. Sebagai contoh yang hampir dengan contoh itu ialah pendalilan dengan umum ayat 2 Surah Al Maidah : ‫ا‬ًََِ َ‫ال‬َ‫و‬ ‫ى‬َ‫و‬ْ‫ق‬َّ‫الت‬َ‫و‬ ِّ‫ر‬َ‫ب‬ْ‫ال‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ْ‫وا‬ُ‫ن‬َ‫و‬‫ا‬ًَََِ‫و‬ِ‫ن‬‫ا‬َ‫و‬ْ‫د‬ًُْ‫ال‬َ‫و‬ ِ‫م‬ْ‫ث‬ِ‫إل‬‫ا‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ْ‫وا‬ُ‫ن‬َ‫و‬ ِ‫ب‬‫ا‬َ‫ق‬ًِْ‫ال‬ ُ‫يد‬ِ‫د‬ َ‫ش‬ َ َّ‫اَّلل‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ َ َّ‫اَّلل‬ ْ‫وا‬ُ‫ق‬َِّ‫ا‬َ‫و‬: Berkerjasamalah atas dasar kebajikan dan taqwa dan jangan berkerjasama atas dasar perlakuan dosa dan permusuhan.Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras siksaanNya
  • 53. Tanpa dihubungkaitkan dengan ayat yang mengkhususkan makna am ayat ini iaitu ayat 113 surah Hud : ُ‫ار‬َّ‫ن‬‫ال‬ ُ‫م‬ُ‫ك‬َّ‫س‬َ‫م‬َ‫ت‬َ‫ف‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫م‬َ‫ل‬َ‫ظ‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ن‬َ‫ك‬ْ‫ر‬َ‫ت‬ َ‫ال‬َ‫و‬َّ‫م‬ُ‫ث‬ ‫اء‬َ‫ي‬ِ‫ل‬ ْ‫و‬َ‫أ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ِ َّ‫اَّلل‬ ِ‫ون‬ُ‫د‬ ‫ن‬ِ‫م‬ ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫م‬َ‫و‬َ‫ال‬ َ‫ون‬ُ‫ر‬َ‫ص‬‫ن‬ُ‫ت‬  Jangan kalian cenderung kepada orang yang zalim nanti kalian akan dicucuh api neraka. Kalian tidak akan menemukan selain Allah sebagai penolong dan kemudian kalian tidak akan diselamatkan atau ditolong
  • 54. Kesilapan dalam merumuskan hujjah dari dua ayat ini akan menerbitkan keputusan songsang yang menyalahi nas dan logic akal waras. Akibatnya orang berkenaan akan sampai kepada kesimpulan boleh menyokong dan bersama golongan yang zalim dan telah mengkhianati amanah rakyat demi masa depan Islam dan bangsa .Ini akan menyukarkan lagi usaha umat untuk mencari penyelesaian masalah dan kemelut negara mereka
  • 55. Golongan ini akhirny
  • We Need Your Support
    Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

    Thanks to everyone for your continued support.

    No, Thanks
    SAVE OUR EARTH

    We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

    More details...

    Sign Now!

    We are very appreciated for your Prompt Action!

    x